fbpx

Teknologi AI hasilkan imej ‘manusia terakhir’ di Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lakaran wajah manusia terakhir di bumi yang dihasilkan oleh AI dan disiarkan di TikTok. - TikTok/@theaidrawing

LONDON – Satu imej menyeramkan yang dihasilkan oleh teknologi kepintaran buatan (AI) mendedahkan ramalan wajah manusia terakhir di Bumi, lapor akhbar The Sun semalam.

Set imej tersebut menggambarkan bukan sahaja manusia terakhir tetapi sungai yang dipenuhi darah, ‘gua kematian’ dan permulaan Perang Dunia Pertama.

Setiap imej kelihatan realistik dengan cara tersendiri yang menjadikannya lebih menyeramkan.

Ilustrasi manusia terakhir di Bumi pula menunjukkan seorang lelaki yang lebih tua dan kulitnya kelihatan berkedut dengan matanya merah serta berair.

Imej AI itu telah dikongsi di laman TikTok untuk tatapan, dan seorang penggunanya yang dikenali sebagai The AI ​​Drawing memberi keterangan pada gambar berkenaan.

“Yang mana satu yang paling menakutkan?” soalnya.

Klip video itu mendapat 74,000 tanda suka dan lebih daripada 200 komen dengan ramai orang menyatakan setiap imej kelihatan asli. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI