fbpx

Kitab suci al-Quran dibakar pemimpin Denmark dekat kedutaan Turkiye di Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramus Paludan membakar kitab suci al -Quran  dekat kedutaan Turkiye di Stockholm semalam. - Foto Getty Images

STOCKHOLM – Pemimpin parti Stram Kurs di Denmark yang berhaluan kanan, Ramus Paludan membakar kitab suci al-Quran di Stockholm, Sweden semalam, lapor laman berita AA.

Dia membakar kitab suci itu di bawah perlindungan polis dekat Kedutaan Turkiye di bandar raya tersebut.

Sebagai tindak balas kepada tindakan itu, Ankara telah membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson yang akan melawat Turkiye.

Sebelum ini, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu mengkritik Sweden kerana memberi Paludan permit untuk membakar kitab suci al-Quran itu.

Menurut laporan akhbar Washington Post,  Paludan yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Denmark dan Sweden telah menerima kebenaran untuk membakar al-Quran daripada kerajaan negara tersebut.

Berdasarkan laporan Al-Jazeera, dalam protes itu, Paludan berucap membidas agama Islam dan imigresen Sweden yang mana kira-kira 100 orang berhimpun secara aman.

Beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi, Jordan dan Kuwait juga mengecam pembakaran kitab suci al-Quran itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI