fbpx

Lelaki terselamat kereta Axia terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perodua Axia yang terbabas dan terbalik di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur pagi tadi.

PETALING JAYA – Seorang lelaki menghadapi detik cemas apabila kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik di Jalan Parlimen, Kuala Lumpur pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Hasmahwi Ab Wahab berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.21 pagi tadi.

“Pasukan Operasi Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta model Perodua Axia telah terbabas dan terbalik di bahu jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujar Hasmahwi, akibat kemalangan itu, pemandu yang juga lelaki berusia 30-an telah mengalami kecederaan di kepala dan bahagian dada.

Tambahnya, mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI