fbpx

2 lelaki pecah masuk zoo, serang haiwan dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daniels (kiri) dan Green (kanan) mengaku bersalah atas perbuatan mereka. - Agensi Berita & Foto Solent

LONDON – Dua lelaki di Britain dijatuhi hukuman penjara selepas menceroboh sebuah zoo sebelum menganiaya beberapa haiwan, lapor akhbar Daily Star.

Dalam perbicaraan di Mahkamah Diraja Winchester, Hakim Richard Parkes KC mengarahkan tertuduh, Bradley Green dan Nathan Daniels untuk menjalani aktiviti khidmat masyarakat selama 12 bulan dengan 120 jam kerja tanpa gaji.

Selain itu, mereka juga diarah membayar pampasan sebanyak £750 (RM3,987) seorang kepada pihak zoo.

Dalam kejadian pada Februari 2021, dua lelaki itu memotong pagar kawat duri di Zoo Marwell sebelum ‘mengamuk’ pada waktu malam dengan menyerang banyak haiwan.

Sepasukan polis dikerah untuk menahan suspek bersama-sama pegawai yang menggunakan cermin mata penglihatan malam, unit anjing pengesan dan helikopter.

“Hampir dua tahun lalu, anda berdua mempunyai idea dungu untuk memandu ke Zoo Marwell yang ditutup kepada orang ramai kerana wabak Covid-19.

“Anda, Green, memecah pintu di bahagian belakang kandang zirafah. Anda simbah cecair pembasmi kuman ke dalam kandang dan melempar sesuatu ke arah zirafah seperti yang dilihat menerusi video yang  anda berdua rakam.

“Ia terkena pada leher zirafah itu. Salah seekor daripadanya cedera pada kaki dengan dua luka panjang yang ditemui pada keesokan paginya. Ia (kecederaan) berlaku selepas zirafah itu tertekan dan menghempap pintu,” kata hakim.

Bukti video kejadian pecah masuk itu dimuat naik ke media sosial. Polis dipanggil ke lokasi kejadian selepas orang awam melihat rakaman itu. 

Selain itu, penderaan harimau turut dirakam apabila ia diumpan mendekati pagar sebelum ditendang dan ditakuti. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI