fbpx

Pengusaha kedai kek, minuman teh songlap dana Penjana Kerjaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh diriingi pegawai SPRM selepas didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka, hari ini. -Foto oleh SYAFEEQ AHMAD

MELAKA – Pengusaha kedai kek dan minuman teh antara tiga yang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi menuntut insentif Program Penjana Kerjaya 2.0, Penjana, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berjumlah keseluruhan RM136,100.

Ketiga-tiga tertuduh, Siti Marzila Daud, 46; Siti Nor Sofwah Ahmad, 26, dan Nick Farhan Zakiran Mahadi, 30, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa secara berasingan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, Siti Marzila didakwa memberikan Borang Pengesahan Pekerja Program Insentif Pengambilan Pekerja atas nama Perusahaan Ainnas Sweet Home Bakery bagi menuntut insentif di bawah Program Penjana Kerjaya 2.0 Perkeso berjumlah RM50,000.

Dia dituduh dengan niat hendak memperdayakan Perkeso dengan dokumen pengesahan itu yang mengandungi pernyataan palsu ‘Maklumat Pekerja Baharu’, sedangkan senarai tujuh pekerja yang dinamakan bukan pekerja syarikat berkenaan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Wisma Perkeso, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, (MITC) Ayer Keroh pada 8 Mac 2021.

Siti Nur Sofwah yang juga pemilik sebuah syarikat minuman teh, Nor Sofwah Tea dan Nick Farhan sebagai pemilik syarikat kejuruteraan, NFZ Engineering masing-masing berdepan dengan satu pertuduhan sama membabitkan nilai tuntutan palsu RM41,000 san RM45,100.

Perbuatan itu masing-masing dilakukan di lokasi sama pada 23 Mac dan 16 April 2021.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai butiran palsu jika boleh dinilai atau RM10,000, mana-mana yang lebih tinggi.

Elesabet membenarkan Mazila diikat jamin sebanyak RM15,000, manakala Siti Nur Sofwah dan Nick Farhan masing-masing sebanyak RM12,000.

Kesemua tertuduh turut diperintahkan untuk melapor diri di pejabat SPRM pada minggu pertama setiap bulan, pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Beliau kemudian menetapkan tarikh 16 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zander, manakala Peguam, Hafizah Sani dan Lim Kah Ee mewakili Marzila serta Siti Nur Sofwah. Nick Farhan bagaimanapun tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI