fbpx

Jangka hayat vaksin Comirnaty dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pfizer (Malaysia) Sdn. Bhd. berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat produk bagi vaksin Covid-19 iaitu Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A. Halim berkata, pelanjutan tempoh jangka hayat produk itu diberikan berdasarkan data stabiliti terkini dikemukakan pihak pengilang.

Menurutnya, ia melibatkan vaksin vaksin Covid-19 Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022AZ) yang dikilangkan di Pfizer Manufacturing Belgium NV serta Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039ASZ).

Katanya, jangka hayat baharu bagi vaksin terbabit adalah daripada 15 kepada 18 bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu -90°C sehingga -60°C.

“Kelulusan pelanjutan jangka hayat itu adalah secara retrospektif, bermaksud kelulusan ini juga terpakai kepada semua stok termasuk yang telah diterima sebelum variasi pelanjutan tempoh jangka hayat ini diluluskan.

“Tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan produk berkenaan sudah luput, tetapi semakan tarikh luput terkini (selepas pelanjutan jangka hayat) boleh disemak melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/vaccine-covid-19- update.html),” katanya dalam satu kenyataan tadi.

Katanya, KKM sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal termasuk vaksin Covid-19 yang dibekalkan di Malaysia telah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI