fbpx

Franco Morbidelli akui tidak rasa terancam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI bersedia untuk memberikan aksi terbaik musim ini selepas melalui detik mengecewakan musim lalu. – AFP

LONDON – Pelumba Itali, Franco Morbidelli tidak tergugat dengan khabar angin bahawa juara dunia 2021 Kejohanan Superbike Dunia, Toprak Razgatlioglu mungkin akan menggantikan tempatnya bersama pasukan Monster ­Ener­gy Yamaha.

Pelumba Itali tersebut mengharungi musim terburuknya dalam MotoGP tahun lalu, namun Morbidelli masih diberi peluang untuk kekal bersama pasukan Jepun itu pada musim 2023.

Namun, kedudukan Morbidelli tidak akan selamat lagi sekiranya dia gagal mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan Yamaha musim ini.

Sebelum ini, Ketua Pasukan Monster Energy Yamaha, Lin Jarvis mendedahkan bahawa mereka sepatutnya menawarkan tempat Morbidelli kepada Razgatlioglu pada 2021.

“Saya telah membaca beberapa komen di media sosial, tetapi saya tidak fikir ia satu perkara bahaya sekiranya Razgatlioglu akan masuk menggantikan saya.

“Jika dilihat situasi itu ia sememangnya keinginan beberapa peminat Yamaha kerana mereka melihat prestasi buruk saya dan pada masa yang sama mereka melihat Razgatlioglu cemerlang di WSBK,” kata Morbidelli.

Ketika ini, Morbidelli bermotivasi tinggi untuk melakukan yang terbaik berdasarkan keputusan yang dicapai rakan sepasukannya, Fabio Quartararo.

“Banyak perkara telah membantu saya untuk kekal bermotivasi tinggi. Pertama sekali ialah rakan sepasukan saya, Quartararo yang sentiasa berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang bersama Yamaha.

“Saya rasa saya telah menemui ‘perasaan’ yang baik dengan jentera M1 ini. Jadi, saya harap musim 2023 ini dapat memberi saya sesuatu untuk kekal kompetitif,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`