fbpx
LAPAN lot kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya, George Town di sini terbakar pagi tadi.

[VIDEO] Lapan kedai makan di Astaka Stadium Bandaraya terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kira-kira lapan lot kedai makan yang menjadi lokasi tumpuan pelanggan tempatan dan luar Pulau Pinang di Astaka Stadium Bandaraya di sini dilaporkan terbakar pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa mahupun kemalangan jiwa.

Difahamkam, kebakaran berlaku semasa premis makanan dan minuman termasuk kedai nasi campur di situ belum memulakan operasi perniagaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 7.30 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian mendapati api dalam keadaan marak. Kebakaran hanya melibatkan lapan lot kedai makan dengan peratusan kemusnahan dianggarkan kira-kira 50 peratus.

“Tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan siasatan awal mendapati kemungkinan kebakaran berpunca daripada litar pintas,” katanya kepada Kosmo! di sini tadi.

Menurut beliau, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan pasukan Forensik Bomba termasuk nilai kerugian yang dialami mangsa.

Justeru katanya, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 7.52 pagi dan operasi tersebut tamat 15 minit kemudian. -KOSMO! ONLINE

POPULAR