fbpx

Mayat lelaki ditemui dalam keadaan kembung, membengkak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa keping gambar turut tular di media sosial memaparkan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan kembung terbaring di kawasan semak. Foto : Ihsan Laman Sosial

TAWAU – Mayat seorang lelaki dalam keadaan kembung serta membengkak ditemui di kawasan semak berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Batu 5 hari ini.

Mayat dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan itu sebelum memaklumkan penemuan berkenaan kepada pihak polis.

Beberapa keping gambar turut tular di media sosial memaparkan mayat mangsa yang lengkap berpakaian dalam keadaan kembung terbaring di kawasan semak.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan sedang dijalankan dan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI