fbpx

Hartanah Malaysia, Singapura, Thailand pilihan warga China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan pemandangan sebuah kondominium di Singapura pada 19 Ogos 2019. - AFP

BEIJING – Ejen-ejen hartanah dan pakar imigresen menerima lonjakan pertanyaan daripada warganegara China mengenai prospek pembelian kediaman di Thailand, kondominium di Malaysia dan pejabat di Singapura, selepas tiga tahun mereka terperangkap di rumah akibat sekatan Covid-19, lapor akhbar South China Morning Post (SCMP).

Selepas pemerintah memansuhkan kebanyakan sekatan dasar sifar Covid dan membenarkan rakyatnya pergi ke luar negara, ramai daripada warga China kini bersedia untuk melanjutkan rancangan pembelian hartanah selepas dihentikan akibat pandemik.

Menurut pengasas Transform Borders, Sulochana Uthirapathi, dia menyedari terdapat peningkatan pertanyaan daripada warga China yang merancang untuk berpindah ke Singapura bulan lalu.

Bercakap kepada program televisyen This Week, Uthirapathi berkata, firma yang mempunyai kepakaran dalam hal imigresen di Singapura itu menyaksikan peningkatan sebanyak 30 peratus dalam pertanyaan berhubung perkara berkenaan. 

“Kebanyakan daripada mereka adalah individu berpendapatan tinggi yang ingin berpindah ke Singapura.

“Bagi memindahkan keluarga mereka ke sini, satu cara adalah dengan menubuhkan pejabat keluarga, tetapi mereka juga mempunyai anak yang ingin datang ke sini untuk belajar,” katanya,

Sementara itu, sektor hartanah di Malaysia dijangka melonjak selepas pemansuhan dasar sifar Covid China kerana pemain industri menantikan kedatangan rakyat negara itu untuk memacu jualan.

Seorang perunding hartanah daripada Keller Williams Malaysia, Fifi Syafiza berkata, keputusan pemerintah China menarik balik larangan perjalanan membawa kepada urus niaga yang rancak kerana rakyatnya bergegas memuktamadkan pembelian hartanah di Malaysia.

“Minat itu sentiasa ada, tetapi disebabkan larangan perjalanan sebelum ini, mereka menangguhkan pembelian,” katanya kepada This Week.

Pembeli dari tanah besar China membeli hartanah bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM8.67 bilion) di Malaysia pada 2018.

Menurut Fifi, maklum balas segera daripada pembeli sejak sekatan perjalanan ditarik balik menunjukkan bahawa mereka boleh menjangkakan minat akan meningkat pada bulan-bulan akan datang.

Dalam pada itu, di Thailand, jualan kondominium diramal meningkat apabila pembeli dari China kini kembali ke negara itu.

Memetik laporan media tempatan, SCMP berkata, terdapat peningkatan dalam pertanyaan mengenai sekolah antarabangsa dan rumah persaraan di Thailand. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI