fbpx

Prestasi ekonomi kerajaan Persekutuan pengaruhi kejayaan PH di tiga negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi (tengah) pada Konvensyen Pilihan Raya PKR Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 Shah Alam. -Foto SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Prestasi Kerajaan Persekutuan bakal mempengaruhi kedudukan tiga negeri yang dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkata, prestasi tersebut melebihi daripada faktor lain berikutan pengundi di tiga buah negeri itu adalah lebih kepada celik ekonomi.

“Pandangan saya, prestasi keadaan Kerajaan Persekutuan dalam tiga hingga empat bulan ini yang lebih banyak pengaruhi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

“Mereka (pengundi) tiga negeri celik ekonomi atau pengundi ekonomi sebenarnya dan tidak sangat terpengaruh sentimen termasuk pemilihan UMNO,” katanya pada sidang akhbar selepas ,Konvokesyen Pilihan Raya PKR Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Seksyen 15 di sini, hari ini.

Beliau yang merupakan Menteri Ekonomi turut memaklumkan faktor yang perlu difokuskan adalah pemindahan pengundi terutama Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) sekiranya kerjasama dalam PRN dijalankan nanti.

Ini berikutan katanya, kedudukan menerangkan kepada akar umbi adalah lebih rumit kepada UMNO berbanding PH.

“Memang akar umbi kita (PH) menerima cadangan dan realiti ini. Setakat ini, berdasarkan kaji selidik yang berasingan menunjukkan pengundi PH yang menerima dengan baik gabungan ini terutama bandar dan separa bandar.

“Jadi, risiko atau ketidaktentuan itu khususnya PRN di Selangor adalah lebih kepada berapa banyak undi UMNO dipindahkan kepada PH,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan memaklumkan berdasarkan data awal menunjukkan PH boleh mempertahankan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

“Namun, sasaran kita supaya memperoleh 45 hingga 47 daripada 56 kerusi DUN dan saya beranggapan dengan masa dan kelebihan ada pada keadilan dan PH, kita punyai pengaruh perbaiki keadaan ekonomi rakyat dalam empat hingga lima bulan akan datang.

“Jadi, saya ingat kelebihan itu boleh digunakan jentera dan persediaan kita untuk PH di Selangor,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI