fbpx

EPL: Manchester City enggan dibuai rekod lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA memberi amaran bahawa City tidak boleh turun dengan aksi seperti menentang Southampton untuk mengelak berdepan kekalahan menentang United. – FB MANCHESTER CITY

MANCHESTER – Tonggak Manchester City, Ilkay Gundogan ber­anggapan pertemuan dengan Manchester United malam ini bakal menjanjikan aksi derbi pa­ling sukar buat The Citizens.

Perkara yang menjadi tum­puan pastinya lebih menjurus kepada kebangkitan yang bakal disajikan City selepas mereka tewas 0-2 kepada Southampton dalam saingan Piala Liga Inggeris.

Berdasarkan aksi musim lalu, City berjaya raih kemenangan 2-0 dan 4-1 ke atas United, malah pada perhitungan pertama musim ini turut berpihak kepada anak-anak buah Pep Guardiola yang catatkan kemenangan 6-3 di Etihad.

Namun, Gundogan mengakui mereka tidak boleh terus dibuai pencapaian lama kerana merasakan Erik Ten Hag sudah pun menghadirkan perubahan kepada United.

“Saya tahu apa yang kami boleh lakukan ketika berada dalam padang. Kami hanya perlu ada sikap yang betul dan bersiap sedia dengan setiap cabaran. Saya yakin kami akan mampu tampil dengan permai­nan berbeza kali ini,” katanya.

Rekod pertemuan berpihak kepada City di bawah Guardiola apabila mencatat tujuh kemenangan, empat kalah dan dua seri bagi aksi derbi Manchester.

Sementara itu, Guardiola memberi amaran buat anak buahnya bahawa mereka akan terus dipalit dengan kekalahan jika tampil dengan cara sama seperti menentang Southampon.

Guardiola merasakan derbi kali ke-189 ini bakal menjanjikan saingan berbeza berbanding apa yang pernah dilalui sebelum ini.

“Sudah pasti ini adalah perlawanan berbeza, namun jika kami terus pamerkan permainan sama seperti menentang Southampton, kami tidak akan ada peluang untuk menang kerana mereka dalam prestasi terbaik ketika ini.

“Sejak beberapa tahun ini, United pastinya mahu berada di kedudukkan sekarang. Namun, saya tahu bagaimana kami perlu bermain dengan lebih baik dan inilah juga yang kami sedang lakukan,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI