fbpx

Budak lemas ketika mandi di Pantai Kemayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa selepas ditemui terapung di Pantai Kemayang, Bachok petang tadi.

BACHOK – Kegembiraan dua beradik mandi-manda bersama bapa mereka di Pantai Kemayang di sini petang tadi bertukar tragedi apabila salah seorang daripada kanak-kanak itu ditemui lemas.

Mayat mangsa, Muhammad Hanif Nurhaqim Amran, 11, ditemui terapung oleh seorang pemuda, Muhammad Kamarul Aidil Mohd. Zakimi, 21, di kawasan pantai tersebut kira-kira pukul 6.55 petang.

Muhammad Kamarul Aidil ketika ditemui Kosmo! berkata, dia dan rakannya berjalan menyusur pantai melihat mangsa yang memakai baju merah terapung tidak jauh dari kawasan dia dipercayai lemas semasa membantu operasi menyelamat.

Menurutnya, dia terus berenang sebelum mencapai baju mangsa dan mengheret kanak-kanak itu ke tepi pantai.

“Saya dibantu oleh rakan-rakan untuk mengangkat mangsa naik ke tebing sebelum memaklumkan kepada anggota bomba yang turut berada di tempat kejadian.

“Saya berada di kawasan pantai untuk beriadah sebelum dimaklumkan ada kanak-kanak lemas kira-kira pukul 5.30 petang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Zamizi Muhamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.55 petang sebelum seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, abang mangsa, Muhd. Hanif Lokman, 12, dipercayai turut lemas bersama mangsa, namun dia berjaya diselamatkan oleh orang awam.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI