fbpx

Pas mahu ‘bunuh’ UMNO tidak masuk akal – Takiyuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (kiri), Takiyuddin

PETALING JAYA – Pas menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa Pas ‘ingin membunuh’ UMNO, manakala DAP ikhlas terhadap parti itu tidak masuk akal dan dibuat dalam keterpaksaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa, sejarah politik negara sebaliknya menunjukkan UMNO yang bertekad untuk menghapuskan Pas termasuk percubaan mengharamkan Pas suatu ketika dahulu.

“Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai dasar, Pas sentiasa berazam dan bertindak mendekati UMNO dalam usaha menyatukan umat Islam dan orang Melayu yang merupakan kelompok majoriti rakyat negara ini.

“Usaha penyatuan ummah juga seterusnya digagaskan merentasi rakyat pelbagai kaum dan agama bagi mewujudkan suasana aman dan harmoni melalui saluran demokrasi dan berlandaskan lunas undang-undang.

“Pas sebagai parti arus perdana akan terus bersikap terbuka dan bersedia mengadakan pertemuan, perbincangan dan perundingan dengan mana-mana pihak dengan memfokuskan kepada titik-titik persamaan dan merapatkan jurang perbezaan demi kebaikan negara dan rakyat jelata,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, Pas yakin hanya dengan perpaduan semua parti politik yang terbentuk atas keikhlasan dan niat murni sahaja akan dapat menjamin pembentukan sebuah pemerintahan yang adil serta saksama dan diterima baik oleh semua.

Kata beliau, Pas sentiasa menjunjung tinggi amalan serta pendekatan yang matang dan sejahtera selain mendoakan agar sikap melulu, provokatif dan tidak berpijak pada kenyataan tidak menggugat serta merosakkan kesejahteraan dan hubungan baik masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI