fbpx

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh Perlis.

“Kedah di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Perak di Larut, Matang Dan Selama dan Hulu Perak,” kata MetMalaysia dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut diramalkan di Jempol, Negeri Sembilan serta Segamat dan Kluang di Johor bagi tempoh sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI