fbpx

Penghantar makanan disiasat luah kata jelik pada wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video penghantar makanan yang melontarkan kata-kata berbaur lucah terhadap seorang wanita di sebuah kondominium Kayu Ara, Petaling Jaya, Ahad lalu.

PETALING JAYA – Polis membuka siasatan terhadap video tular seorang penghantar makanan yang mengeluarkan kata-kata lucah kepada seorang wanita dalam kejadian di sebuah kondominium, Kayu Ara, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa sekitar pukul 11.12 pagi pada hari kejadian.

“Mangsa merupakan wanita berusia 27 tahun telah melaporkan seorang lelaki tempatan bertindak mengeluarkan kata-kata jelik terhadapnya.

“Dalam pada itu, satu video turut tular menunjukkan rakaman penghantar makanan yang dikaitkan melakukan perkara tersebut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Fakhrudin, kes telah disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan orang awam melihat kejadian diminta tampil untuk bantu siasatan.

“Boleh juga berhubung dengan Pegawai Penyiasat Kes iaitu Asisten Superintendan
Low Eng Keong di talian 0104012069 bagi memberi maklumat berkaitan kejadian itu,” katanya .

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, seorang penghantar makanan menerima kecaman orang ramai setelah videonya melontarkan kata-kata berbaur lucah terhadap seorang wanita tular sejak kelmarin.

Perkara itu dikongsi menerusi akaun Facebook teman lelaki wanita itu dikenali sebagai YiPin Cheah, yang berasa terkejut dengan kata-kata lucah yang jelas didengarnya sekali gus mengambil tindakan untuk bersemuka dengan lelaki tersebut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI