fbpx

Mahkamah: Yasin gagal representasi kaji pertuduhan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yasin Sulaiman dibawa keluar dari mahkamah selepas keputusan representasi kes dadah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, hari ini. -FOTO/ FAUZI BAHARUDIN

PETALING JAYA – Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman gagal dalam permohonan representasinya untuk mengkaji tiga pertuduhan dadah yang dihadapi.

Ini berikutan Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan yang dikemukakan Yasin berhubung ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Asnawi Abu Hanipah semasa sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nik Nasimah Nik Mohammad.

Semasa prosiding, Mohd. Asnawi memaklumkan hari ini ditetapkan bagi keputusan representasi tersebut.

“Saya ingin maklumkan AGC telah menolak representasi tersebut. Namun surat rasmi berhubung perkara itu tidak sempat dikeluarkan. Saya percaya tarikh perbicaraan seterusnya ialah pada 6 Mac ini,” kata Asnawi.

Mendengar perkara itu, peguam bela Muhammad Yasin, Ariff Azami Hussein kemudian mengesahkan keputusan representasi tersebut.

“Walaupun belum menerima makluman secara bertulis atau emel, kami telah mendapat arahan terkini daripada anak guam untuknmemasukkan representasi kedua,” kata peguam itu.

Justeru kata peguam itu, pihaknya mencadangkan tiga atau empat minggu sebagai sebutan kes dan keputusan representasi kedua berkenaan.

“Kami akan memasukkan representasi selewat-lewatnya dua minggu dari tarikh hari ini,” katanya lagi.

Selepas mendengar maklumkan pihak-pihak, hakim Nik Nasimah menetapkan 20 Februari ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI