fbpx

Ismail Sabri hadir perhimpunan tiga sayap UMNO malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (tiga kanan) dan Ismail Sabri (tiga kiri) ketika hadir pada Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri sempena PAU 2022 di Dewan Merdeka, di sini hari ini. - FOTO/ AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir pada Perhimpunan Agung (PAU) Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2022 malam ini.

Kedua-dua pemimpin UMNO itu dilihat memasuki ruang Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini kira-kira pukul 8.50 malam tadi dengan lengkap berbaju Melayu.

Kelibat Ismail Sabri sebentar tadi juga sekali menamatkan desas-desus ketidakhadirannya pada petang tadi apabila beliau tidak kelihatan ketika Taklimat Presiden PAU 2022.

Berhubung atur cara PAU pada sebelah malam, ia dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Maju Wanita UMNO, ikrar Pemuda, dan lagu Puteri serta disusuli bacaan doa.

Pada masa sama, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau turut memberikan ucapan perasmian sekali gus merasmikan persidangan sayap parti itu yang berlangsung sehingga esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI