fbpx

Budak tahan sakit jari tersepit mesin permainan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan tangan kanak-kanak yang tersepit di mesin permainan telur

PETALING JAYA – Gara-gara memasukkan tangan ke dalam mesin permainan telur, seorang kanak-kanak dipercayai warga asing terpaksa menahan sakit akibat jarinya tersepit.

Menurut hantaran dimuat naik oleh anggota bomba, @emypokni, pihak mereka mendapat panggilan dari bilik gerakan berhubung kes terbabit.

“Sebaik tiba, tangannya sudah tersepit di mesin itu. Setelah memikirkan cara terbaik untuk melepaskan tangan tanpa mencederakannya, akhirnya kami memutuskan untuk memecahkan mesin telur itu.

“Pada akhirnya, kanak-kanak terbabit mendapat kesemua telur dalam mesin yang diberi oleh pemilik kedai tersebut,” jelasnya menerusi ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, dia meminta orang ramai untuk mengawasi anak masing-masing agar kejadian seumpama ini tidak berulang.

Di ruangan komen, perkongsian gambar itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen TikTok yang rata-rata terhibur dengan insiden tersebut.

“Ini mesti kes mahu mengambil telur mainan. Maka itu tangan tersangkut kerana saya juga pernah bertindak sama sewaktu kecil dahulu,” komen seorang pengguna, @shidou_.

“Kelak, saya juga mahu mencuba memasukkan tangan ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Siapa tahu pemilik bank memberi saya duit sejuta ringgit,” seloroh seorang netizen, @hanzx53.

“Mesin telur ini selalu telan duit saja tapi telur tidak keluar. Sebab itu ada kes budak yang mengambil telur sendiri dalam mesin,” kata @min.marini pula.

Hantaran itu telah meraih sebanyak 34,000 tanda suka dan 697,900 tontonan setakat ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI