fbpx

Pengedar dadah cuba lolos, polis lepaskan dua das tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar kenderaan dinaiki seorang suspek disyaki pengedar dadah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tembakan dilepaskan susulan tindakan suspek yang cuba meloloskan diri ketika pemeriksaan polis berhampiran Tol Kuantan pada pukul 2.05 pagi tadi.

“Pemandu kenderaan jenis Toyota Yaris itu enggan memberi kerjasama kepada polis, kemudian bertindak memecut memandu ke hadapan menghala ke arah anggota berada di tepi jalan.

“Susulan itu, polis melepaskan dua das tembakan ke arah tayar bahagian belakang sebelah kiri dan kemudannya suspek terus memandu menghala ke arah Jalan Sungai Lembing dengan menggunakan laluan bertentangan, namun terbabas dan melanggar penghadang jalan,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek dalam kenderaan yang dipandunya setelah berlaku pergelutan ketika suspek cuba melarikan diri.

Katanya, hasil pemeriksaan kenderaan yang dinaiki suspek, polis menjumpai beg kertas berisi sampul surat dan dua paket lutsinar yang mengandungi dadah jenis syabu seberat 101.64 gram dianggarkan bernilai RM5,600.

“Hasil ujian air kencing ke atas suspek yang bekerja sebagai pemandu pula mendapati suspek positif Methamfetamin selain mempunyai dua rekod berkaitan kes narkotik,”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI