fbpx

Nelayan kelas C ramai jual diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROMLI (kanan) menunjukkan tangki yang diubah suai untuk aktiviti penyeludupan diesel bersubsidi dalam bot nelayan yang disita APMM di Langkawi semalam. – SHAHIR NOORDIN

LANGKAWI – Pengusaha bot nelayan kelas C yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi ke Thailand disyaki memanipulasi kuota mi­nyak diperoleh dengan membuat simpanan bahan api tersebut di lokasi tertentu.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, setiap pengusaha bot nelayan tempatan itu mempu­nyai kuota bulanan minyak yang dibenarkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan.

“Mereka disyaki memanipulasi kuota minyak itu dengan menyimpan minyak di tempat yang tidak digazetkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Apabila simpanan telah penuh, penyeludup akan memin­dahkan minyak diesel ini ke dalam tangki bot untuk dibawa keluar ke laut seolah-olah untuk menangkap ikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

RAMLI menunjukkan tangki yang diubah suai di dalam bot nelayan yang disita pihak Maritim bagi melakukan aktiviti penyeludupan minyak diesel bersubsidi.

Kata beliau, mereka kemudian menjalankan kegiatan memindahkan diesel ke bot Thailand di perairan negara jiran itu bagi mengelak penguat kuasa mengesan kegiatan tersebut.

“Kita telah berkongsi maklumat dengan penguat kuasa di Thailand untuk melaksanakan kolaborasi bersama pada masa akan datang,” ujarnya.

Berita berkaitan: Jual diesel di laut lagi untung daripada tangkap ikan

Dalam pada itu, beliau berkata, bot nelayan kelas C didapati cenderung untuk terlibat dalam kegiatan penyeludupan diesel bersubsidi ke Thailand kerana dibenarkan membawa bahan api itu dalam jumlah yang banyak.

“Bot nelayan kelas C mempu­nyai kelebihan untuk memuatkan antara 7,000 liter hingga 15,000 liter bagi satu perjalanan.

“Kuota yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka adalah kira-kira 20,000 liter sebulan untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti perikanan,” ujarnya.

Kosmo! semalam melaporkan sebilangan bot nelayan tempatan dipercayai menjual minyak diesel bersubsidi kepada warga asing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI