fbpx

Besan kami Megat Kamaruddin, bukan Kazar – Fatimah Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMEN Fatimah Ismail yang menegaskan hanya bapa Puteri Sarah, Megat Kamaruddin sebagai besannya dan bukan Kazar Saisi.

PETALING JAYA – Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail memberi penegasan bahawa dirinya dan suami, Datuk Yusof Haslam tidak berbesan dengan pelakon veteran, Kazar Saisi.

Ujar Fatimah, satu-satunya besannya ialah bapa kepada menantu kesayangan, Puteri Sarah iaitu Megat Kamaruddin.

“Besan kami Encik Megat Kamaruddin. Bukan dia (Kazar Saisi),” katanya menerusi ruangan komen Instagram.

Terdahulu, Yusof, 69, memberitahu kepada media bahawa tiada keperluan untuk bertemu dengan Kazar bagi membincangkan kemelut rumah tangga melibatkan anak-anak mereka.

“Tiada langsung telefon dia (Kazar) atau hubunginya. Tiada sebab. Itu masalah mereka, saya tak masuk campur,” katanya.

Semalam, menerusi temu bual bersama program hiburan Melodi, Yusof tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa apabila anaknya berkahwin dengan isteri kedua, Ira Kazar di Thailand.

“Bohong kalau saya tidak rasa kecewa apabila langsung tidak dimaklumkan tentang pernikahan oleh anak sendiri yang dijalankan di Thailand.

“Tapi perasaan dan luahan hati saya mungkin tidak sama dengan apa yang dirasai oleh ibunya. Dia (isteri) memang marah,” ujarnya seraya menahan sebak.

Reda atas apa yang terjadi, Yusof tetap mendoakan kesejahteraan Syamsul dan berharap agar anaknya itu akan lebih bertanggungjawab dalam menjalani kehidupan yang disifatkan sebagai perjuangan.

Jumaat lalu, Syamsul, 39, akhirnya meleraikan spekulasi apabila mengesahkan berkahwin dua dengan wanita pilihannya, Ira di Thailand.

Majlis akad nikah Syamsul dan Ira berwalikan bapa Ira yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI