fbpx

Kim Jong-un hukum mati menteri kanan Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ri Yong-ho semasa berucap pada Perhimpunan Agung PBB. - Agensi

LONDON – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dipercayai menghukum mati seorang menteri kanan yang pernah mengkritik bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan gelaran ‘Presiden Syaitan’, lapor portal berita Daily Star kelmarin.

Laporan dari negara itu menyatakan bahawa hukuman mati terhadap menteri berkenaan, Ri Yong-ho yang pernah berunding dengan AS mengenai senjata nuklear, telah dilaksanakan.

Laporan di Jepun mengaitkan pelaksanaan hukuman tersebut dengan proses pengembangan besar-besaran senjata peluru berpandu balistik jarak jauh Korea Utara.

Seorang Ahli Parlimen Korea Selatan, Youn Kun-young, berkata, Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS) mengesahkan bahawa Yong-ho telah ‘dicabut’ oleh rejim Jong-un tetapi sama ada beliau sudah dihukum mati masih tidak diketahui.

Sebelum pelantikannya sebagai Menteri Luar pada tahun 2016, Yong-ho berkhidmat dengan Kedutaan Korea Utara di Britain di Ealing, London Barat dari tahun 2003 hingga 2007.

Beliau ialah Ketua Perunding Korea Utara pada rundingan enam pihak mengenai program nuklear negara itu tetapi tidak mendapat perhatian umum sejak dilaporkan pada tahun 2020 bahawa kedudukannya sebagai menteri luar telah digantikan oleh orang lain.

Walaupun reputasinya yang lantang, Yong-ho dihargai kerana peranan beliau sebagai orang tengah dalam merealisasikan rundingan damai antara Trump dan Jong-un yang diadakan di Singapura

Beliau yang pernah menggelar Trump dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai ‘Raja Pembohong’, dan ‘Presiden Syaitan’, ialah pegawai tertinggi yang diketahui telah ‘dihapuskan’ dalam pembersihan pentadbiran Jong-un sejak beberapa tahun lalu.

Beberapa ahli politik kanan lain yang tidak memihak kepada pemimpin Korea Utara itu telah dihukum mati dengan ditembak oleh sekuad penembak pada tahun 2013 termasuk Jang Song-thaek iaitu bapa saudara kepada Jong-un.

Pegawai Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan Korea Selatan pernah berkata bahawa penampilan awam baru-baru ini oleh seorang anak perempuan Jong-un, Kim Ju-ae memberi gambaran bahawa diktator itu merancang untuk memilihnya sebagai pengganti beliau. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI