fbpx

Taman tema air Kepala Batas sudah boleh beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAMAN tema air di Bertam Kepala Batas kini dibuka semula kepada umum.

SEBERANG PERAI – Taman tema air popular di Bertam, Kepala Batas di sini yang sebelum ini diarah tutup buat sementara waktu dua minggu lalu kini telahpun dibenarkan beroperasi semula.

Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam satu kenyataan berkata, permohonan yang dibuat oleh pengurusan taman tema air itu untuk mendapatkan lesen telah pun diluluskan semalam.

Menurutnya, kelulusan untuk mendapatkan lesen premis dan hiburan itu diberikan pada tarikh yang sama kelulusan sijil penyiapan dan pematuhan (CCC) untuk taman tema itu diperoleh.

“Sehubungan itu, pihak majlis (MBSP) mengharapkan pembukaan semula taman tema air ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung.

“Pada masa yang sama, ia sekali gus dapat menjadi tarikan pelancongan yang baharu di kawasan Seberang Perai ini,” kata kenyataan itu.

Pada 28 Disember lalu, MBSP telah mengarahkan agar taman tema air berkenaan ditutup buat sementara waktu selepas didapati beroperasi tanpa lesen di bawah Enakmen Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

Ini susulan pemeriksaan dan semakan yang telah dijalankan sebanyak beberapa kali oleh Jabatan Pelesenan milik agensi terbabit bermula 16 Disember lalu.

Difahamkan, taman tema air bernilai kira-kira RM90 juta yang mulai beroperasi sejak pertengahan Disember tahun lalu di atas tanah seluas lebih lapan hektar itu dimiliki oleh syarikat The Maritime Water Front Suites Sdn. Bhd. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI