fbpx

Pesawat Papua New Guinea gagal terbang kerana tiada bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat penerbangan Air Niugini membatalkan operasi penerbangan pada Rabu lalu kerana masalah kekurangan bahan api. - AFP

PORT MORESBY – Ribuan penumpang pesawat komersial terkandas di seluruh Papua New Guinea selepas syarikat penerbangan memberhentikan operasi pesawat berikutan masalah bekalan bahan api, lapor portal berita WION semalam.

Syarikat Puma Energy yang merupakan satu-satunya pembekal bahan api di Papua New Guinea berkata, masalah tersebut itu disebabkan kekurangan mata wang asing yang dialami Bank Pusat negara berkenaan.

Mata wang asing itu antara lain turut digunakan untuk membeli bahan api dari pasaran antarabangsa.

Laporan portal berita The Guardian mendakwa bahawa terdapat kekecohan di lapangan terbang domestik utama negara tersebut di Port Moresby dengan semua syarikat penerbangan utama membatalkan operasi domestik awal Khamis lalu.

Beratus-ratus penumpang gagal menaiki kapal tebang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jacksons di ibu negara, menyebabkan mereka menuntut campur tangan daripada Perdana Menteri, James Marape.

Syarikat penerbangan terbesar Papua New Guinea, Air Niugini mengeluarkan kenyataan kelmarin bahawa semua penerbangan di seluruh negara akan dibatalkan kerana Puma Energy telah menggantung bekalan bahan api Jet A1. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI