fbpx

Lelaki cuba ‘rasuah’ pihak berkuasa RM1, tinggal kereta pergi tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nota yang ditinggalkan Harry Kok menjadi tular di media sosial.

PETALING JAYA – Gara-gara tidak tahan untuk membuang air besar, seorang pemandu lelaki meninggalkan sekeping nota serta RM1 di cermin hadapan keretanya disebabkan terpaksa meletakkan kenderaan di ruang larangan parkir.

Nota yang tertulis permohonan maaf itu bertujuan mengelak dari disaman oleh pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Tolong jangan saman saya boss, saya perlu pergi berak. Maaf, Harry Kok,” tulisnya.

Perkara tersebut menjadi tular di media sosial apabila beberapa pengguna berkongsi gambar nota tersebut di Facebook dan Twitter sejak beberapa hari lalu.

Lebih menarik perhatian, apabila pegawai DBKK yang bertugas memantau kesalahan parking di kawasan tersebut, turut membalas nota lelaki itu dengan disertakan resit saman di sebelahnya.

“Tak cukup la, lain kali berak di rumah sahaja, terima kasih DBKK,” balasnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terhibur dengan gelagat tersebut dan pelbagai reaksi turut diberikan.

“Dia nak cuba rasuah penguat kuasa RM1 macam harga bayar masuk tandas,” kata @Saiful87.

“Siap main balas tulis nota pula, lawaklah. Mesti tak senang Harry Kok masa pergi berak risau kena saman,” seloroh @Yanjinana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI