fbpx

Klinik kesihatan disaran beroperasi lebih masa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Klinik-klinik kesihatan di seluruh negara disaran beroperasi secara lebih masa dalam usaha mengelak kesesakan di hospital-hospital seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, beliau mencadangkan agar Pengarah Kesihatan Negeri supaya meneliti semula keperluan klinik kesihatan di bawah selian masing-masing untuk beroperasi lebih masa.

Beliau berkata, langkah itu boleh mengalihkan pelanggan atau pesakit yang dikategorikan sebagai kes bukan kritikal untuk dirawat di klinik-klinik tersebut dan bukan lagi di Jabatan Kecemasan Hospital (ED).

“Secara umumnya, pesakit berharap Kementerian Kesihatan (KKM) dapat menyelesaikan isu kesesakan dan tempoh menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di hospital dan klinik KKM.

“Isu kesesakan ini dikesan berlaku di kawasan bandar berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat serta kecenderungan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik KKM,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu KKM 2023 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Zaliha berkata, pengarah hospital pula hendaklah memastikan pembukaan perkhidmatan baharu segera dilaksanakan sebaik sahaja jawatan atau sumber manusia diluluskan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI