fbpx

Tempahan konsert Jay Chou sejak 13 Mac 2019 – Hannah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Hannah di Twitter miliknya.

PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan tempahan stadium Nasional Bukit Jalil bagi konsert artis dari Taiwan, Jay Chou telah dilakukan sejak 13 Mac 2019 yang lalu.

Namun begitu katanya, tempahan stadium bagi perlawanan bola sepak Piala AFF 2022 pula telah dibuat sedikit lewat iaitu pada 18 Ogos 2022.

“Makluman, tempahan stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022,” ciapnya di Twitter, sebentar tadi.

Tambah Hannah, konsert tersebut memerlukan tempoh masa 14 hari untuk penyediaan pentas yang dilakukan lebih 600 krew tempatan dan antarabangsa.

“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew ditambah 185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 pembesar suara dan 800 lampu.

“Mereka sudah terlewat dua setengah hari bagi ruang untuk kejohanan AFF 2022,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI