fbpx

Pantau atlet, jangan terjerumus dalam doping

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH
WARTAWAN EKSEKUTIF

GANTUNG, pecat, tarik diri mahupun segalanya bentuk hukuman telah dilakukan Persekutuan Ang­kat Berat Malaysia (PABM), namun penglibatan ‘badang’ negara dalam penggunaan bahan terla­rang atau dikenali sebagai doping terus melanda sukan tersebut.

Bagi tahun 2022 sahaja, lima kes doping melibatkan atlet sukan angkat berat pada Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022 dikesan sekali gus memberi tamparan hebat kepada PABM yang bekerja keras dalam misi benteras do­ping di Malaysia.

Bagaimanapun, usaha itu masih belum mampu menjadi pengajaran apabila tiga kes dari dua negeri dikesan sebelum Sukma MSN 2022 diadakan hingga menyebabkan PABM mengambil keputusan menarik diri sebelum diambil alih oleh MSN selaku penganjur temasya berkenaan.

Tindakan PABM menarik diri dan tidak mengikiraf menganjurkan sukan berkenaan dianggap tindakan tepat apabila terdapat dua lagi atlet disahkan positif bahan terlarang jenis ‘anabolic androgenic steroid’ oleh Agensi Anti-Dadah Malaysia (Adamas). Lebih mengecewakan, atlet yang positif doping adalah pemenang pingat Sukma 2022.

Bekas pemenang pingat emas Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998, Muhammad Hidayat Hamidon mengakui, dia sebenarnya terkejut kerana bagi tahun 2022 lima atlet gagal dalam ujian do­ping, sekali gus menyifatkan atlet negara masih berdegil dan keras kepala.

Justeru, Hidayat berharap pihak berwajib mengambil tindakan lebih keras dengan menggantung seumur hidup atlet yang terlibat dalam sukan tersebut kerana tiada jalan pintas untuk berjaya dan perlu berusaha keras untuk mencapai kejayaan.

“Tindakan hukuman gantung seumur hidup boleh memberi pe­ngajaran berguna kepada atlet yang masih berdegil.

“Bagi saya, tindakan ini sahaja boleh memastikan atlet negara berhati-hati dari terus terlibat dalam aktiviti tidak bermoral seperti ini. Doping merosakkan nama baik sukan ini. Atlet yang bersih ini telah bersusah payah dengan menjalani latihan, tetapi yang lain merosakkannya.

“Tindakan lebih keras perlu dibuat pihak berwajib. PABM telah melakukan pelbagai usaha, namun kes doping masih terus berulang. Saya juga berharap penjaga, jurulatih, persatuan ne­geri dan pihak-pihak bertanggungjawab jangan hanya ingin mencari kejayaan, tetapi pantaulah atlet daripada terjerumus dalam doping.

“Jangan biarkan masa depan atlet negara kita terus jatuh ke lembah tidak sepatutnya untuk mencari kejayaan dengan cara yang tidak bersih,” katanya.

Seperti sedia maklum, PABM mengambil langkah agresif sebelum ini terutama membendung sukan angkat berat terus terjerumus dalam doping apabila membubarkan skuad kebangsaan sedia ada pada 1 November 2021.

Ia melibatkan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet yang diberikan notis penamatan kontrak berikutan kes doping berleluasa.

Hasilnya, skuad angkat berat negara menerima pujian apabila menjelmakan dua emas menerusi Mohamad Aniq bagi kategori 55 kilogram (kg) dan Muhamad Aznil Bidin (61 kg), manakala

Muhammad Erry Hidayat menyumbang perak dalam kategori 73 kg pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di England.

Pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam, Mei 2022 menyaksikan Mohamad Aniq berjaya membawa pulang pingat gangsa acara 55 kilogram (kg), manakala Muhamad Aznil merangkul perak kategori 61 kg dan Muhammad Erry terpaksa berpuas hati de­ngan gangsa bagi kategori 73 kg lelaki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI