fbpx

Kerajaan perlu masa stabilkan bekalan telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada warga MAFS pada Majlis Penyerahan Kits Bantuan Bencana Banjir kepada warga MAFS Kelantan di Pejabat FAMA, Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN.

KOTA BHARU – Kerajaan memerlukan masa dalam usaha untuk menstabilkan bekalan telur di pasaran agar bahan mentah itu sentiasa mencukupi selain mampu menampung keperluan rakyat di negara ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai langkah untuk menangani krisis bekalan telur ketika ini termasuk dengan membawa masuk telur import.

“Kita tidak boleh menentukan tempoh masa (bagi tangani krisis telur) kerana ia melibatkan soal makanan. Sekiranya berlaku banjir, jumlah kerosakannya boleh diketahui.

“Penyakit melibatkan ayam pada masa akan datang pun kita (kerajaan) tidak tahu. Bagaimanapun, kerajaan akan tetap menstabilkan bekalan telur di negara ini,” katanya selepas menyampaikan Kits Bantuan Bencana Banjir kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) di Kelantan di Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, berdasarkan maklumat Pusat Pengurusan Bencana MAFS, kerugian sebanyak RM111.95 juta kerugian telah dialami oleh sektor pertanian dan agromakanan di negara akibat Monsun Timur Laut pada bulan lalu.

Katanya, jumlah itu melibatkan kawasan pertanian seluas 24.7 ribu hektar dengan anggaran seramai 12,000 orang petani, penternak dan pengusaha agromakanan di seluruh negara.

“Sehubungan itu, pihak kementerian telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1 juta melalui MAFS Prihatin bagi meringankan beban mereka yang terlibat.

“FAMA, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut menyediakan peruntukan sebanyak RM2.45 juta untuk disampaikan kepada petani,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI