fbpx

Dua maut Toyota Vios terbabas rempuh besi penghadang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut selepas kenderaan jenis Toyota Vios dinaiki mereka terbabas merempuh penghadang berhampiran Plaza Tol Lima Kedai, Iskandar Puteri, awal pagi hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Dua lelaki maut selepas kereta jenis Toyota Vios dinaiki mereka terbabas dan merempuh penghadang jalan berhampiran Plaza Tol Lima Kedai, di sini awal pagi hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.36 pagi itu, mangsa yang maut ialah E. Thiban, 25, manakala pemandunya tidak dikenalpasti.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Ronnie Robert berkata, seramai 14 anggota beserta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kenderaan jenis Toyota Vios berwarna putih yang dinaiki seramai empat orang lelaki dewasa telah terbabas, namun tiada mangsa dalam keadaan tersepit.

“Pemeriksaan pegawai perubatan mendapati pemandu dan penumpang di bahagian belakang pemandu telah disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera.

“Anggota bertindak membuat kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu dan mengeluarkan semua mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala dua mangsa cedera dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

“Mangsa cedera adalah R. Shantihasheelan, 26 dan R. Kohilan, 29,” jelasnya.

Operasi tersebut kemudian ditamatkan pada pukul 6.10 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI