fbpx

Wanita bakar rumah kerana didakwa berhantu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan asap keluar dari bangunan pangsapuri, tempat kebakaran bermula di tingkat satu. - Jabatan Bomba Boston

WASHINGTON – Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) memberitahu polis bahawa ‘syaitan’ telah menyuruhnya membakar bangunan pangsapuri yang dihuni kerana ia ‘berhantu’, lapor akbar Daily Star.

Nikea Rivera, 45, ditahan dan didakwa atas kesalahan mencetuskan kebakaran besar di rumahnya yang terletak di Dorchester, Boston pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu.

Menurut agensi berita Boston 25, Rivera mengaku bahawa dia telah memulakan kebakaran itu.

“Saya terpaksa melakukannya. Rumah itu berhantu. Saya membakar rumah itu. Syaitan menyuruh saya melakukannya, ada hantu di rumah saya,” katanya.

Rivera juga dilaporkan memberitahu seorang saksi ketika sedang berjalan meninggalkan kebakaran bahawa: “Saya minta maaf, saya terpaksa melakukannya.”

Bangunan itu mempunyai tiga tingkat. Terdapat dua orang di tingkat dua ketika kejadian yang berjaya diselamatkan oleh anggota kecemasan menggunakan tangga, lapor akhbar New York Post.

Salah seorang daripada mangsa kini dirawat di hospital tempatan kerana terhidu asap. 

Imej dari lokasi kejadian memaparkan keadaan tingkap yang pecah dan sebahagian rumah hangus sepenuhnya. 

Menurut Peguam Daerah, Kevin Hayden, Rivera telah dihadapkan ke mahkamah pada Selasa lalu dan akan kembali dibicarakan pada 13 Januari ini.

Hayden berkata,  seorang hakim mengarahkan Rivera untuk menjalani penilaian kesihatan mental di Pusat Pemulihan dan Hospital Worcester Jabatan Kesihatan Mental Massachusetts.

“Mujur tindakan wanita ini tidak mengakibatkan mana-mana penduduk atau responden cedera parah atau terbunuh,” ujarnya. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI