fbpx

Pelajar tingkatan 4 dicekup berkhalwat di hotel bajet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar lelaki tingkatan empat (kanan) dan remaja perempuan berusia 18 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat di dalam bilik sebuah hotel bajet di Kota Bharu pagi tadi. FOTO IHSAN JAHEAIK

KOTA BHARU – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat memberi alasan hanya mahu keluar menyambut tahun baharu 2023 selepas dia ditangkap bersama seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di dalam bilik sebuah hotel bajet di sini pagi tadi.

Kedua-dua remaja itu dicekup kira-kira pukul 4 pagi semasa Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) menjalankan Operasi Ambang 2023.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, anggota penguat kuasa mendapati kedua-dua remaja disyaki duduk berdua-duaan di bilik hotel dalam keadaan yang mencurigakan.

Menurutnya, mereka memberi alasan mahu keluar untuk menyambut tahun baharu 2023.

“Mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 50 Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 kerana kesalahan khalwat yang menimbulkan syak dan bertentangan dengan hukum syarak.

“Kedua-dua remaja itu boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Fadzuli berkata, seramai 15 orang anggota penguat kuasa bersama empat pegawai Jaheaik menyertai operasi yang bermula pada pukul 4 petang semalam dan berakhir kira-kira pukul 4.30 pagi di sekitar bandar ini.

Menurutnya, seramai 11 orang wanita diberi notis untuk hadir khidmat nasihat kerana berkelakuan tidak sopan manakala satu kes diberi amaran keras.

“Fokus utama operasi itu adalah untuk memantau dan menyedarkan masyarakat berkenaan kesalahan syariah.

“Jaheaik juga mengedarkan risalah berkaitan kesalahan syariah kepada orang awam di pasar raya dan tempat tumpuan ramai untuk memberi kesedaran kepada masyarakat,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI