fbpx

Kena cekup bergaya bawa Honda Jazz klon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JPJ Negeri Sembilan menahan sebuah kereta Honda Jazz disyaki kereta ‘klon’ dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023 malam tadi.

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan menahan sebuah kereta Honda Jazz disyaki kereta ‘klon’ dalam Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2023 di Plaza Tol Setul di sini malam tadi.

Menurut Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf, dalam operasi itu pihaknya berjaya menahan kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki ketika sekatan jalan raya dalam operasi itu.

Katanya, JPJ akan menyita kereta berkenaan dan sekiranya didapati bersalah pemandu boleh didenda sekurang-kurangnya RM10,000 dibawah Akta Pengangkutan Jalan.

“Saya nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mereka ditawarkan dengan sesebuah kenderaan dibawah harga yang sepatutnya yang tidak munasabah kerana kemungkinan-kemungkinan kenderaan tersebut adalah kenderaan klon.

“Mereka merasakan kenderaan itu masih boleh diguna pakai tetapi ianya sebenarnya tidak sah untuk berada diatas jalan raya,” katanya ketika sidang akhbar di Plaza Tol Setul di sini malam tadi.

Tambahnya, operasi bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi itu bertujuan untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu atau pemilik sesebuah kenderaan motor yang gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Seramai 80 orang anggota penguatkuasa terlibat dalam operasi ini yang terbahagi kepada lima lokasi.

“Antara lokasi Plaza Tol Setul, Plaza Tol Senawang, Jalan Lingkaran Tengah, Jalan Tanjung Ipoh – Kuala Pilah dan Jalan Pekan Bahau,” tambahnya.

Sementara itu, beliau memberitahu, JPJ Negeri Sembilan telah mengeluarkan 58,776 notis untuk tahun 2022 (sehingga 28 Disember 2022). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI