fbpx

Jakel rugi hampir RM100 juta cawangan Shah Alam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gedung tekstil terkemuka Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 yang musnah dalam kebakaran pagi tadi. GAMBAR AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Kebakaran bangunan tiga tingkat milik Jakel di Seksyen 7 di sini mengakibatkan syarikat tekstil tersebut kerugian awal dianggarkan hampir RM100juta.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan terbabit antara pukul 7 hingga 7.15 pagi.

Katanya, syarikat memperoleh keuntungan kira-kira RM300juta setahun menerusi hasil jualan di cawangan berkenaan.

“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat.

Anggota bomba memadam kebakaran di gedung tekstil terkemuka, Wisma Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 , hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

“Api dipercayai bermula daripada bahagian pakaian lelaki di tingkat satu, bagaimanapun punca sebenar masih belum diketahui,” katanya ketika ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Beliau bagaimanapun reda dengan insiden tersebut dan yakin ada hikmah di sebaliknya kejadian itu.

“Saya yakin ada hikmah serta yakin Allah akan ganti dengan lebih baik dan sebagai orang Islam kita kena percaya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI