fbpx

Ibu teruja sambut bayi tahun baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORHIDAYAH Mohamad Rodi (dua dari kanan) dan Ain Amira Rashid Wejdi (kiri) bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang.

KUANTAN – Menjangkakan kelahiran bayinya pada 25 Januari nanti, seorang ibu tidak menyangka akan menyambut kelahiran bayi keempatnya pada tahun baharu.

Ibu terbabit, Noorhidayah Mohamad Rodi, 35, berkata, dia dan suami bagaimanapun menganggap kelahiran 24 hari lebih awal itu sebagai satu rezeki.

“Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.8 kilogram itu secara normal pada pukul 1.05 pagi tadi.

“Memang tak jangka juga dapat lahir awal dan pada tarikh yang cantik iaitu 1 Januari. Saya anggap ini sebagai rezeki saya dan suami dan kami sangat gembira dapat melahirkan bayi pada tarikh ini,”katanya di di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan di sini hari ini.

Noorhidayah adalah antara empat ibu yang selamat melahirkan bayi pada tahun baharu ini di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan yang mana kesemua mereka menerima hadiah berupa barangan kepengkapan bayi disampaikan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Noor Azimi Yunus.

Dalam pada itu, seorang lagi ibu, Ain Amira Rashid Wejdi, 32, turut menyatakan rasa syukur dan teruja menyambut kelahiran bayi keempatnya pada awal tahun.

Ain Amira yang berasal dari Kampung Balok, di sini selamat melahirkan bayi perempuan keempatnya pada jam 4.45 pagi tadi secara normal.

“Kalau ikut jangkaan bayi saya sepatutnya lahir pada 3 Januari ini. Tak sangka juga akan bersalin pada tahun baharu,” katanya.

Sementara itu Noor Azimi berkata, seramai enam bayi dilahirkan pada awal pagi tahun baharu 2023 di seluruh negeri Pahang bermula pukul 12 tengah malam hingga 9 pagi hari ini.

Menurutnya cuma dua hospital yang mencatatkan kelahiran pada awal tahun baharu iaitu empat di HTAA Kuantan mencatat kelahiran dan dua di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS),Temerloh.

“Kelahiran pertama dicatat pada pukul 12.53 pagi di HTAA, Kuantan. Seorang bayi lelaki dari pasangan Felda Lepar Hilir 1 dilahirkan dengan berat 3.9 kilogram melalui kaedah pembedahan.

“Daripada enam kelahiran tersebut yang mana kesemuanya Melayu, seramai lima bayi lelaki dan seorang bayi perempuan dilahirkan melalui kaedah bersalin secara normal dan pembedahan,”ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI