fbpx

Ibu mentua suka maki, fitnah menantu guna sihir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang wanita berdepan ujian rumah tangga apabila sering dimaki ibu mentua, malah turut difitnah kononnya menggunakan sihir ditujukan kepada suami dan keluarga mentua.

Bukan itu sahaja, ibu kepada dua anak berusia tiga tahun dan bayi satu bulan itu tidak disukai ibu mentua, selain pelbagai lagi kata-kata makian dilemparkan kepadanya.

Masalah hubungan kekeluargaan itu diluahkan wanita tersebut menerusi Facebook Luahan Hati Seorang Isteri yang buntu mahu mencari jalan penyelesaian, namun bukanlah sehingga bercerai-berai.

“Tempoh saya berpantang sangat ‘struggle’. Saya difitnah oleh mentua (kononnya) saya sihirkan suami dan keluarga mentua. Saya tak pasti kenapa mentua fitnah saya macam itu. Suami saya kadangkala jenis suka mengadu hal ehwal rumah tangga kepada ibunya.

“Mungkin sebab faktor itu, ibunya tidak suka saya. Ibunya pernah cakap, ‘saya berperangai syaitan, ibu yang tidak bertanggungjawab’ dan macam-macam lagi. Saya tengah berpantang waktu itu, memang hampir meroyan.

“Saya sedih, sangat sedih sebab suami yang patutnya jaga maruah isteri, ‘backup’ isteri tapi tak buat semua itu. Suami saya baik, bab nafkah jaga anak memang sangat bagus,” katanya pada luahan tersebut.

Wanita itu memberitahu, dia pernah bertanyakan perkara tersebut kepada suami berkenaan ibu mentua yang bercakap buruk tentang dirinya selain mendoakan rumah tangga mereka bercerai.

“Suami marah saya, suami cakap jangan burukkan ibunya, tapi kenapa bila ibunya burukkan saya, tiada pun dia marah ibunya. Hal ini buatkan saya jadi malas nak berjumpa mentua, tapi saya tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Untuk kawan-kawan yang sudah lama dalam perkahwinan, apa nasihat supaya saya tidak terlalu tertekan dengan mentua. Adakah cara untuk mengubah suami supaya berhenti mengadu hal rumah tangga kepada ibunya. Mentua tidak suka keluarga saya, ibu ayah saya, saya tidak tahu sebab apa dan saya sedih,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI