fbpx

Harimau Malaya fokus baham Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara berdepan misi wajib menang ke atas Singapura untuk mengesahkan kemaraan ke saingan separuh akhir Piala AFF kali ini. – FB FAM

KONTROVERSI membabitkan mutu pengadilan dan kekecewaan tewas kepada Vietnam sudah pun dilupakan oleh Harimau Malaya yang kini berdepan misi wajib menang ke atas Singapura pada aksi terakhir Kumpulan B Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.

Walaupun terpaksa berdepan tugas sukar untuk mengesahkan kemaraan ke separuh akhir, anak buah Kim Pan-gon harus menjadikan 2023 sebagai detik ba­haru untuk menghadirkan ke­gembiraan buat seluruh peminat bola sepak tempatan.

Pemain tengah negara, Muk­hairi Ajmal menegaskan perlawanan dengan Vietnam beri pengajaran berguna dan setiap pemain miliki peranan masing-masing untuk pastikan tiga mata mampu dicapai.

“Saya rasa pemain semua sudah dapat lupakan apa yang berlaku di Vietnam. Memanglah selepas perlawanan itu kami agak sedih, tetapi sekarang kita mahu fokuskan kepada perlawanan menentang Singapura.

“Kami kena ambil peluang ini sebaik mungkin dan kami memang mahukan kemenangan untuk layak. Setakat ini, mental pemain masih baik dan kami saling beri semangat antara satu sama lain,” katanya.

Dalam aksi di Stadium Jalan Besar, kelmarin, Singapura berjaya mengikat Vietnam tanpa jaringan dan situasi itu menyaksikan The Lions hanya memerlukan satu lagi mata untuk iringi Naga Emas ke separuh akhir.

Ditanya mengenai tanggungjawabnya untuk menghadirkan jaringan jika jentera serangan berjaya dirantai pertahanan Singa­pura, Mukhairi menegaskan beliau sentiasa bersedia untuk melunaskan apa sahaja tuntutan jurulatih.

Malah, bintang muda Sela­ngor itu berkata, kekalahan kepada Singapura pada aksi persahabatan awal tahun ini bukan gambaran sebenar kerana ketika itu Harimau Malaya masih lagi belum ‘masak’ dengan pendekatan Pan-gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI