fbpx

Minyak enjin neutral karbon lestarikan alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pencemaran udara dan tahap kualiti udara yang rendah banyak dikaitkan dengan pelepasan asap kenderaan yang mengandungi karbon. – GAMBAR HIASAN

DAPAT menghirup udara yang berkualiti merupakan satu nikmat yang amat besar kepada kita semua.

Hal ini kerana, dari aspek kesihatan, udara yang berkualiti dapat memberikan kesejahteraan kepada setiap manusia.

Namun begitu, pembangunan yang pesat menyaksikan kualiti udara ini semakin merosot di peringkat global dan orang ramai berhadapan dengan pelbagai masalah ekoran hal tersebut.

Kenderaan seperti kereta juga menyumbang kepada masalah tersebut kerana melepaskan karbon ke udara.

Menyedari akan hal tersebut, pembekal minyak pelincir global, Shell Malaysia telah menghasilkan dan melancarkan minyak enjin neutral karbon pertama sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menawarkan pilihan minyak enjin lebih lestari kepada pengguna.

Walaupun minyak enjin itu bersifat neutral karbon ia masih mampu memberi prestasi tinggi dan perlindungan terhadap enjin kereta.
Minyak enjin ini juga merupakan minyak pelincir neutral karbon pertama yang dihasilkan daripada gas asli.

Pelancaran minyak enjin tersebut juga merupakan salah satu komitmen syarikat itu dalam membantu mengurangkan pelepasan karbon bersama-sama dengan pelanggannya, sejajar dengan aspirasi Shell untuk menjadi perniagaan tenaga pelepasan bersih pada 2050.

Baru-baru ini, Shell telah melancarkan siri minyak pelincir super premium Shell Helix Power and Protect yang merupakan produk-produk minyak enjin neutral karbon. Siri Shell Helix Power and

Protect itu terdiri daripada produk Helix Power 0W-40, Helix Protect 0W-30, dan Helix Power 5W-40. Helix Power 5W-40 adalah yang paling terbaharu diperkenalkan.

Pengerusi Shell Malaysia, Datuk Ivan Tan berkata, pihaknya berbesar hati kerana dapat menyediakan pelbagai solusi tenaga rendah karbon kepada pelanggan, daripada pengecasan kenderaan elektrik dan biobahan api sebelum ini dan kini pelincir karbon neutral.

IVAN (dua dari kanan) dan Kam Yew (dua dari kiri) bergambar semasa pelancaran minyak enjin neutral karbon di Kuala Lumpur baru-baru ini.

“Kita akan meningkatkan usaha dalam solusi berasaskan alam semula jadi bagi menjana kredit karbon berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk mengimbangi pelepasan yang dijana apabila pelanggan membeli dan menggunakan produk Shell seperti Shell Helix Power 5W-40 terbaharu ini.

“Ia merupakan inisiatif tambahan daripada usaha kami yang sedia ada bagi mengurangkan tahap intensiti karbon secara bertanggungjawab di dalam operasi minyak dan gas, serta pelaburan dalam sumber tenaga rendah karbon,” katanya.

Shell turut mementingkan alam sekitar apabila bekerjasama dengan projek-projek di seluruh dunia yang membantu mengurangkan pelepasan karbon CO2e, selain meningkatkan taraf kehidupan masyarakat tempatan serta melindungi biodiversiti.

Produk-produk Shell itu juga direka untuk prestasi enjin yang tinggi dan meningkatkan ekonomi bahan api.

Sememangnya hari ini, pengguna kenderaan menjadi semakin peka terhadap pilihan mesra alam dan mencari cara untuk mengurangkan jejak karbon mereka.

Sementara itu, Pengurus Besar, Perniagaan Shell Lubricant Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew menjelaskan, pihaknya memperkenalkan siri minyak enjin Shell Helix neutral karbon itu di bawah rangkaian sintetik penuh super premium Helix Power and Protect.

“Minyak enjin ini diformulasi menggunakan Teknologi Shell PurePlus, yang dihasilkan daripada 99.5 peratus minyak asas tulen daripada gas asli, serta dipercayai dan disyorkan oleh Scuderia Ferrari,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI