fbpx

Banjir: Ahmad Maslan janji bantu bina rumah penduduk terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BESUT – Penduduk Kampung La, Hulu Besut di sini yang terjejas teruk dengan banjir besar pada minggu lalu mendapat perhatian Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berjanji akan mencari mekanisme terbaik bagi membantu penduduk terlibat membina semula rumah mereka.

“Kementerian Kewangan mempunyai agensi seperti Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) yang menawarkan rumah mesra rakyat mampu milik.

“Saya akan semak dengan SPNB berhubung bantuan memudahkan pembinaan semula rumah (penduduk terlibat),” katanya ketika menyantuni mangsa banjir di Kampung La, Hulu Besut di sini hari ini.

Selain menyampaikan sumbangan, Ahmad juga membantu membersihkan fasiliti awam dan rumah penduduk yang terjejas dengan banjir besar pada 18 Disember lalu.

Ahmad berkata, rumah mesra rakyat ditawarkan SPNB dianggarkan bernilai kira-kira RM70,000 bukan sahaja selesa malah kos pembinaan menerima banyak subsidi daripada kerajaan.

Jelas beliau, walaupun tidak percuma, kadar pembiayaan rumah dibina SPNB amat mudah dan tidak membebankan pembeli.

Dalam kejadian pada 18 Disember lalu, sekurang-kurangnya sembilan rumah di perkampungan itu musnah dengan sebahagiannya dihanyutkan arus deras banjir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI