fbpx

Suka ke tiba-tiba tahu kahwin di Thailand? – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah mempersoalkan tindakan suaminya, Syamsul Yusof yang konon-kononnya mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi kerajaan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pemilik nama lengkap, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang sedang bercuti bersama dua anak, Syaikhul Islam dan Sumayyah di Jepun itu turut mengundang spekulasi ramai apabila memberi bayangan seolah-olah Syamsul sebenarnya sudah berkahwin lagi di Thailand.

“Sebagai isteri, memang wajib taat suami tapi kita suka ke tiba-tiba tahu kahwin di Thailand?

“Lepas itu, tak mengaku? Nak saman Jawi tu dah betul-betul pasti ke? Sis tanya saja. Nak sambung makan popcorn (bertih jagung). Kat Disneyland (Jepun) ini popcorn sedap,” tulisnya berbaur sindiran menerusi satu entri Instastory.

Terdahulu, Sarah, 37, melahirkan rasa kasihan terhadap pihak ketiga yang didakwa sudah dinikahi Syamsul namun perkahwinan mereka terpaksa disembunyikan daripada pengetahuan umum dan tiada sebarang majlis resepsi.

“Kalau dah kahwin, berterus-terang. Kasihan juga isteri baru, sudahlah kahwin tiada majlis seperti ‘cowboy’,” katanya seperti dipetik sebuah akhbar arus perdana tempatan.

Masih bergelut dengan permasalahan rumah tangga yang tidak berkesudahan, Syamsul, 38, mendedahkan ingin mengambil tindakan undang-undang sebanyak RM10 juta kepada Jawi kerana agensi tersebut dikatakan telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

“Dipendekkan cerita, saya akan saman pihak Jawi RM10 juta kerana mereka telah mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap saya yang tidak benar dan boleh dikatakan palsu,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Sejak minggu lalu, kecoh dakwaan netizen mengatakan Syamsul dan Ira Kazar sudah berkahwin.

Anak kepada kepada pelakon Kazar Saisi itu dikatakan menjadi orang ketiga dalam konflik rumah tangga Sarah dan Syamsul yang difahamkan sudah sekian lama tidak tinggal sebumbung.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI