fbpx

Wanita hamil enam bulan mengidam merompak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip CCTV yang tular di media sosial menunjukkan suspek mengacukan pisau ke arah pekerja kedai emas dalam kejadian pada Selasa lalu.

MELAKA – Polis berjaya memberkas suspek wanita berjubah yang cuba menyamun sebuah kedai emas menggunakan sebilah pisau di sebuah pasar di Ayer Keroh di sini, dalam kejadian pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, hasil maklumat orang awam suspek berusia 35 tahun berjaya ditahan kira-kira pukul 5 petang di Kampung Kuala Linggi, Alor Gajah kelmarin.

“Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang eksekutif bahagian sumber manusia di sebuah syarikat swasta dan mempunyai pendapatan lumayan.

“Suspek sedang hamil enam bulan dan dia mendakwa melakukan perbuatan itu selepas didorong oleh perasaan untuk mencuba melakukan perkara ekstrem,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau memberitahu, pemeriksaan di lokasi turut menjumpai sebilah pisau berukuran 13 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang mempunyai dua orang anak telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 393/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan merompak menggunakan senjata.

“Dia kini direman selama empat hari sehingga 27 Disember depan,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! pada Khamis lalu melaporkan suspek yang memakai jubah dan pelitup muka telah datang ke kedai emas berkenaan dan berpura-pura ingin membeli barang kemas.

Wanita itu bagaimanapun tiba-tiba mengeluarkan sebilah pisau daripada beg galas lalu mengacukannya ke arah pekerja kedai dan menyuruh mangsa memasukkan barang kemas ke dalam beg dibawa.

Suspek kemudian melarikan diri dan rakan sekerja mangsa meminta bantuan mencari suspek tersebut, namun tidak menjumpainya.

Satu klip video berkaitan kejadian dipercayai daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kedai emas berkenaan turut tular di media sosial Facebook. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI