fbpx

[VIDEO] 5 kenderaan terbalik, trafik sesak di Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan lima buah kenderaan berlaku di KM42.9 arah Kuantan.

GOMBAK – Aliran trafik sesak apabila berlaku kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer (KM) 42.9 arah Kuantan (Gombak – Bukit Tinggi), Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Lebuh Raya Pantai Timur menerusi hantaran Facebook rasminya berkata, trafik sesak sejauh 1.8 km dari KM 41.4 sehingga ke lokasi kemalangan.

Katanya, trafik kini sesak dan semua lorong terhalang susulan kemalangan melibatkan lima buah kenderaan tersebut.

Pada masa sama, warga Facebook juga turut mengutarakan pendapat mereka supaya pihak pengurusan cakna rentetan kemalangan kerap berlaku di kawasan kejadian.

“Maklumkan kepada pihak pengurusan, buat jalan kecemasan untuk kenderaan yang putus brek berhenti di selekoh. Banyak sangat nyawa terkorban di kawasan ni,” komen salah pengguna Facebook.

“Kawasan paling kerap kemalangan, dalam setahun berapa kali lori terjun masuk gaung bawah tu,” ujar @Hafeez Nasir.

“Sini memang selalu kemalangan sebab jalan selekoh dan berbukit. Jangan bawa laju,” pesan @Nurul Nadia Izwani.

Sehubungan itu, ramai pihak yang mendoakan keselamatan mangsa-mangsa terlibat dan berharap trafik kembali pulih dengan segera. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI