fbpx

Masakan Thai mudah disediakan di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TOMYAM antara masakan Thai yang digemari ramai.-GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA-Keunikan yang ada pada masakan Thai telah membuatkan sajian yang berasal dari negara Gajah Putih itu digemari ramai.

Masakan Thai bukan hanya terkenal dengan rasa pedas, tetapi sajian ini mempunyai kesempurnaan keseimbangan antara rasa yang berbeza.

Keseimbangan ini dikenali sebagai ’empat rasa’ dalam kalangan masyarakat Thai.

Empat rasa itu merangkumi rasa manis, masam, masin dan pedas.

Malah melalui empat rasa ini, kita boleh mencipta pelbagai jenis hidangan Thai.

Namun begitu, tidak dinafikan ramai yang berpendapat untuk menyediakan masakan Thai adalah sesuatu yang agak rumit kerana memerlukan banyak bahan untuk mendapatkan gabungan empat rasa tersebut.

Walaupun nampak rumit, sebenarnya masakan Thai ini mudah untuk disediakan di rumah kerana banyak produk masakan yang memudahkan penyediaan hidangan tersebut telah disediakan.

Anda boleh mencari produk seperti sos ikan, pes segera dan pelbagai lagi yang berkualiti dan padan dengan resipi yang ingin disediakan.

MASAKAN Thai terkenal dengan keseimbangan empat rasa iaitu manis, masam, masin dan pedas.-GAMBAR HIASAN

Sebagai contoh, pes tomyam yang disediakan dengan resepi rahsia daripada chef terkenal di Thailand juga kini boleh  didapati dengan mudah dalam bentuk bungkusan segera sama ada di dalam botol atau sachet.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pes segera lain seperti pes tomyam kha, pes kari hijau, pad Thai dan  lain-lain lagi untuk resipi asli Thai yang lain.

Kini terdapat begitu banyak jenama dan pilihan untuk sos dan pes masakan Thai yang boleh dipilih di pasaran.

Namun begitu, tidak semuanya dapat mengekalkan keaslian rasa Thai.

Oleh itu, untuk mendapatkan cita rasa Thai yang sebenar anda boleh mencari produk yang mempunyai logo Thai SELECT.

Produk ini telah mendapat pensijilan dari Kementerian Perdagangan Thailand bagi keaslian untuk masakan Thai.

BAGI mendapatkan cita rasa Thai yang sebenar anda boleh mencari produk yang mempunyai logo Thai SELECT.

Kini terdapat banyak pilihan dan pelbagai rangkaian produk yang mendapat pensijilan itu terdapat di pasaran.

Di Malaysia sendiri, terdapat produk masakan Thai berjenama terkenal yang telah menerima Thai SELECT.

Untuk jenama Roy Thai, Blue Elephant, Thai Dancer ia merangkumi produk masakan seperti sup kari, sos perasa basil,  sup tomyam, sup tom kha dan lain-lain.

Bagi jenama Chua Hah Seng ia merangkumi produk seperti pes cili, minyak cili dan sos plum masam manis.

Manakala bagi jenama Lobo ia mempunyai produk pes tomyam, pes masakan tumis, pes kari dan lain-lain lagi.

Selain itu, banyak lagi jenama sepeti Thai Boy, Thai Aree, Maepranom dan Hale’s turut menerima pensijilan  Thai SELECT untuk produk-produk mereka.

Dengan kesemua bahan ini proses untuk memasak makanan Thai di rumah adalah lebih mudah berbanding apa yang difikirkan.

Bahan-bahan masakan seperti pes, sos dan perasa ini boleh didapati di pasar raya besar seperti Aeon, NSK, Lotus,  Village Grocer dan pasar mini di seluruh Malaysia.

Selain itu, ia juga boleh didapati melalui platform online terkemuka seperti Shopee dan Lazada.

Jadi untuk memasak makanan Thai di rumah ia tidak sesukar mana dan anda hanya perlu mencari produk masakan Thai yang mempunyai logo Thai SELECT.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI