fbpx

Cam jasad ibu melalui gigi, tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHE ROSLI menunjukkan gambar ibunya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tampin, di sini semalam.

TAMPIN – Hasrat empat beradik untuk menemukan ibu mereka yang hilang sejak dua minggu lalu akhirnya tercapai apabila rangka wanita warga emas itu ditemui seorang pengembala lembu di kebun kelapa sawit Felda Sungai Kelamah di sini petang kelmarin.

Aliah Omar, 74, atau lebih dikenali sebagai Mak Senah dilaporkan hilang pada 7 Disember dan sejak itu, seluruh keluarga, penduduk serta pasukan penyelamat menggunakan pelbagai ikhtiar untuk mengesan warga emas berkenaan.

Menurut anak sulong arwah Mak Senah, Che Rosli Che Harun, 51, keluarganya masih bersedih dengan kejadian itu, namun tetap bersyukur apabila jasad ibu mereka berjaya ditemui.

“Perasaan memang bercampur baur. Macam-macam usaha sudah kami lakukan, baik secara ghaib mahupun nyata. Hasrat kami hanya satu supaya ibu segera ditemukan walau dalam apa juga keadaan.

“Kami bersyukur kerana semalam (kelmarin), adik (Che Roshidee Che Harun) menghubungi saya dan memaklumkan jasad ibu sudah ditemukan dalam kebun.

“Lokasi kejadian dengan rumah sekitar dua kilometer. Berdasarkan barangan yang terdapat pada rangka seperti tudung dan juga gigi palsu, adik yakin itu adalah ibu kami dan kini hanya berharap agar segala proses pengesahan mayat sama ada secara ujian asid deoksiribonukleik (DNA) berjalan dengan lancar,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tampin, di sini semalam.

Ujar Che Rosli, ibunya sebelum ini pernah dilaporkan hilang, namun ditemukan semula atau warga emas itu akan pulang sendiri ke rumah.

Dakwanya lagi, ibunya juga pernah memberitahu ada kanak-kanak yang sering melambai dan memanggilnya untuk menuju ke lokasi tertentu.

“Untuk kali ini, kami hanya tawakal dan semua adik-beradik juga reda dengan keadaan ini,” jelasnya.

Tambah Che Rosli, sebelum kejadian, dia ada singgah di rumah ibunya dan melihat keadaan warga emas itu selain mengingatkan mengenai temu janji doktor pakar di Hospital Segamat.

“Masa itu memang pelik bila ibu menangis dan memeluk saya dengan lama. Saya tidak fikir apa-apa sebab saya fikir ibu hanya ingin meluahkan kasih sayangnya sahaja,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Anuwal Ab Wahab berkata, polis mene­rima maklumat penemuan rangka manusia pada pukul 5.30 petang kelmarin dan pengecaman nak mangsa mengesahkan warga emas berkenaan adalah ibu mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI