fbpx

Tanah runtuh: SAR ditangguhkan sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alat pengesan GPR digunakan dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di Jalan Batang Kali-Genting Highlands.

HULU SELANGOR- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands,di sini, ditangguhkan esok berikutan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi SAR terpaksa ditangguhkan bermula pukul 4 petang tadi.

Jelasnya, tindakan tersebut diambil kerana faktor cuaca buruk yang akan membahayakan keselamatan pasukan SAR ketika bertugas.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lagi mangsa tragedi tanah runtuh masih lagi belum ditemui setelah memasuki hari ketujuh operasi SAR.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata, mangsa tersebut merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang tidak dapat dikenal pasti lingkungan usianya.

Jelasnya lagi, kekeliruan tersebut timbul kerana ada daftar masuk pelanggan Fathers Organic Farm yang bertindih pada hari kejadian.-KOSMO ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI