fbpx

Keunikan rasa kopi bersama gula aren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINUMAN Kenangan latte ini dihasilkan daripada campuran kopi, susu dan gula aren.

KOPI merupakan antara minuman paling banyak diminum oleh penduduk dunia, bukan sahaja kerana kebaikan terhadap kesihatan tetapi rasanya yang enak.

Salah sebuah negara yang terkenal dengan penghasilan biji kopi berkualiti adalah Indonesia.

Rentetan itu, banyak kafe yang menjual minuman kopi tempatan dibuka di negara tersebut dan salah satunya adalah Kenangan Coffee.

Selepas meraih sambutan luar biasa di Indonesia, jenama tersebut telah mengorak langkah dengan memperkenalkan cawangan terbaharunya di pusat beli-belah, Suria KLCC, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menariknya, Kenangan Coffee telah berjaya mencipta nama besar di Indonesia menerusi minuman signaturnya iaitu kopi susu dengan avokado dan kopi dengan gula aren.

Ketua Pegawai Eksekutif Kenangan Coffee, Edward Tirtanata berkata, dia yakin pilihan minuman yang ditawarkan mampu memikat hati penggemar kopi di Malaysia.

Jelasnya, hal ini memandangkan kedua-dua negara tersebut berkongsi cita rasa yang hampir sama.

“Kami memilih Malaysia sebagai lokasi untuk melancarkan cawangan pertama Kenangan Coffee di luar Indonesia kerana yakin penduduk di kedua-dua buah negara ini mempunyai cita rasa hampir sama,” ujarnya.

Antara menu menarik yang boleh dicuba pelanggan adalah Kenangan latte yang merupakan campuran kopi, susu dan gula aren. Untuk makluman, gula aren merupakan gula pekat yang mempunyai tekstur seperti gula Melaka.

Menu lain yang wajib dicuba adalah avocado coffee yang merupakan campuran kopi, susu dan pati avokado serta creamy latte iaitu gabungan kopi bersama dua jenis susu berbeza bagi memberikan rasa lemak berkrim.

Bagi mereka yang inginkan minuman selain kopi, Kenangan Coffee menawarkan seleksi menu seperti teh tarik bersama boba, susu avokado dan Milo dinosaur kaw.

MINUMAN susu avokado dan teh tarik ditawarkan kepada pelanggan yang kurang menggemari kopi.

Menurut Edward, selain membawakan menu asli dari rangkaian di Indonesia, pihaknya turut menawarkan minuman khusus untuk masyarakat di negara ini.

“Khusus untuk penggemar teh tarik di Malaysia, kami membawakan menu bernama ter-tarik original yang pastinya mampu memikat selera ramai,” katanya.

Bagi pemilihan nama Kenangan Coffee pula, pengasas bersama yang juga merupakan Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Kenangan Coffee, James Prananto berkata, perkataan itu memberi simbolik kepada ‘mencipta kenangan’.

“Setiap pelanggan yang datang ke cawangan kafe kami akan dilayan umpama seorang rakan. Setiap cawan kopi yang disajikan dibuat dengan penuh kasih sayang.

“Harapan kami adalah supaya para pelanggan dapat menjadikan jenama ini sebagai sebahagian daripada kenangan mereka,” tuturnya.

Kenangan Coffee menampilkan seleksi biji kopi berkualiti, malah ketua bahagian kopi jenama itu merupakan seorang barista hebat dari Indonesia.

“Ketua bahagian kopi di Kenangan Coffee adalah Mikael Jasin yang merupakan barista nombor satu di sana.

“Mikael telah membantu kami memilih biji kopi terbaik untuk diberi kepada pelanggan antaranya Sidikalang, Flores dan Aceh,” ujar James.

Tarikan lain yang ada pada Kenangan Coffee terletak pada harganya yang sangat berpatutan.

“Minuman kami dijual pada harga bermula RM5.90 sehingga RM16.90 mengikut jenis,” katanya.

Ketika ini, Kenangan Coffee memiliki lima buah cawangan di sekitar Lembah Klang iaitu Suria KLCC, MyTown, NU Sentral, Pavilion Bukit Bintang dan Sunway Pyramid.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI