fbpx

Elon Musk sedia lepas jawatan CEO Twitter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musk sering menggunakan hasil tinjauan di Twitter untuk membuat sesuatu keputusan berkaitan platform tersebut. - AFP

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Manusia terkaya di dunia, Elon Musk menyatakan bahawa beliau bersedia melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter selepas menemui pengganti yang sesuai.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai respons kepada satu tinjauan pendapat yang dilakukan Musk sendiri sebelum itu, yang menyaksikan ramai pengguna laman media sosial itu mahu beliau berundur.

Musk menguasai Twitter sepenuhnya sejak 27 Oktober lalu dan sejak itu, beliau berulang kali mencetuskan kontroversi sebagai seorang CEO.

Beliau memecat separuh daripada pekerja, melantik semula beberapa pegawai kanan, menyekat wartawan dan cuba mengubah beberapa ciri percuma Twitter.

“Saya akan meletak jawatan sebagai CEO selepas menemui seseorang yang sanggup untuk memegang jawatan itu,” demikian menurut ciapan Musk.

Tambah Musk, beliau hanya akan bertanggungjawab dalam pasukan perisian dan pelayanan di Twitter.

Dalam satu tinjauan pendapat yang dimuat naik Isnin lalu, 57 peratus pengguna atau 10 juta undian mahu Musk meletak jawatan sebagai CEO beberapa minggu selepas beliau membeli platform itu pada harga AS$44 bilion (RM195 bilion).

Musk sering menggunakan hasil tinjauan di Twitter untuk membuat sesuatu keputusan berkaitan platform tersebut, termasuk mengaktifkan semula akaun bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump serta beberapa pengguna lain yang digantung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI