fbpx

Selangor rangka garis panduan baharu perkhemahan, rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sze Han ketika sidang akhbar khas hari ini. - Foto AFIQ RAZALI

SHAH ALAM – Garis panduan baharu perkhemahan dan rekreasi di Selangor akan diwujudkan susulan kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali yang telah mengorbankan 26 individu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Kampung Baru negeri, Ng Sze Han berkata, ini akan dilakukan menerusi dapatan bancian terhadap jenis dan jumlah aktiviti perkhemahan dan seumpamanya sama ada berada dalam kawasan sensitif alam sekitar dan berisiko bagi aktiviti rekreasi.

Katanya, kerajaan negeri juga akan mendapatkan maklum balas daripada pemegang taruh aktiviti rekreasi dan perkhemahan serta agensi kerajaan.

“Bancian sudah bermula dan kalau melihat pada rekod didapati Majlis Perbandaran Hulu Selangor mempunyai data bancian berhubungnya pada 2018.

“Berdasarkannya, terdapat 61 tapak perkhemahan di Hulu Selangor dengan ada berlesen dan sebaliknya selain terdapat pencerobohan terhadap tanah milik kerajaan. Justeru, kita perlu kemas kininya bukan sahaja di MPHS, malah di seluruh negeri,” katanya pada sidang akhbar khas berhubung kejadian tanah runtuh di Batang Kali, hari ini.

Jelas beliau, hanya pengusaha yang patuh kepada garis panduan akan diperakui oleh pihak berkuasa tempatan dan Tourism Selangor untuk menjalankan aktiviti tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI