fbpx

Keselamatan rumah mangsa banjir diurus PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Misi Bantuan Banjir KDN ke Pantai Timur di Kompleks D, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan keselamatan harta benda dan rumah mangsa banjir susulan mereka perlu ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keselamatan harta benda sudah menjadi tanggung jawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mempunyai slogan ‘Sedia Berkhidmat’.

Beliau berkata, sepanjang tempoh bencana ini, pastinya keutamaan keselamatan nyawa akan diutamakan dan dalam masa sama, PDRM sudah dimaklumkan mengenai keberadaan mereka bagi memastikan keselamatan rumah mangsa banjir.

“Bagi mangsa banjir yang kehilangan dokumen pengenalan diri ataupun mengalami kerosakan, urusan penggantian akan dipermudahkan.

“Apabila bencana banjir sudah semakin reda dan pulih, dokumen yang memerlukan penggantian akan dilakukan segera,” katanya selepas merasmikan majlis pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri ke Pantai Timur di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kegusaran mangsa banjir mengenai keselamatan rumah dan harta benda mereka yang mungkin diceroboh serta dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Dalam perkembangan mengenai misi bantuan banjir, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya bersama Yayasan Foodbank Malaysia menyediakan 1,000 kotak bantuan makanan yang akan dihantar melalui rombongan misi ke Machang dan Tanah Merah di Kelantan.

“Bantuan ini adalah projek permulaan sebelum dikembangkan ke seluruh kawasan yang memerlukan.

“Buat masa ini, bantuan akan dihantar ke dua PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Alor Pasir, Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan Dewan Besar, Machang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI